AJK INDUK

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK EKSA 2018 - 2019



PERANAN PENGERUSI
  1. Mempengerusikan mesyuarat JK Pengurusan EKSA di peringkat sekolah.
  2. Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA di peringkat sekolah.
  3. Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA di peringkat sekolah.
  4. Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan JK yang lain.
  5. Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan budaya kerja berpasukan.
PERANAN FASILATATOR
  1. Memberikan khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan EKSA di sekolah.
  2. Membantu JK Pengurusan EKSA dalam setiap tugas.
  3. Memastikan perjalanan sistem pengurusan EKSA seperti yang dirancang.
  4. Mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari pihak pengurusan atasan.
  5. Membantu membekalkan data-data terkini berkaitan dengan EKSA.
  6. Mengawasi dan mengadakan perbincangan serta galakan kepada kumpulan EKSA pada setiap masa.
PERANAN PENYELARAS
  1. Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA.
  2. Mempengerusikan mesyuarat JK Pengurusan EKSA di peringkat sekolah apabila pengerusi tidak dapat hadir.
  3. Membantu pengerusi menyelaraskan program EKSA.
  4. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA.
  5. Menentukan belanjawan serta sumber kewangan.
  6. Menyimpan rekod utama dan minit berkaitan pelaksanaan EKSA.
  7. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit serta memastikan keseragaman terhadap pelaksanaan EKSA.
  8. Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi.
  9. Membantu pengerusi memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan budaya kerja  berpasukan.
PERANAN PEMBANTU PENYELARAS
  1. Membantu penyelaras menyelaras pelaksanaan EKSA di peringkat sekolah.
  2. Membantu penyelaras mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan EKSA.
  3. Membantu penyelaras memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan budaya kerja berpasukan.
  4. Membantu penyelaras melaksanakan pelan tindakan pelaksanaan EKSA di sekolah
  5. Membantu penyelaras menyediakan Fail Dokumentasi Pelaksanaan EKSA.
  6. Membantu penyelaras dalam menentukan pembahagian tugas dan zon.
PERANAN SETIAUSAHA
  1. Membantu menyelaras program EKSA di sekolah.
  2. Menjadualkan mesyuarat JK Pengurusan EKSA di peringkat sekolah.
  3. Mencatat dan merekod minit mesyuarat.
  4. Melapor dan mengurus dokumentasi rekod utama dan minit berkaitan dengan pelaksanaan EKSA di peringkat sekolah.
  5. Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit serta memastikan keseragaman terhadap pelaksanaan EKSA.
  6. Menyediakan sudut EKSA di setiap Zon EKSA.
PERANAN PENOLONG SETIAUSAHA
  1. Menjalankan tugas-tugas Setiausaha apabila diperlukan.
  2. Mencatat minit mesyuarat sekiranya Setiasausaha tidak dapat hadir
PERANAN BENDAHARI
  1. Mengurus sumber kewangan EKSA.
  2. Merekod perbelanjaan kewangan EKSA
PERANAN JAWATANKUASA LATIHAN
  1. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti bagi memupuk amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi.
  2. Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan amalan EKSA.
  3. Menganalisa keberkesanan bagi setiap aktiviti latihan yang dijalankan.
  4. Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA yang secukupnya.
  5. Merancang lawatan penandarasan EKSA ke sekolah yang dipilih.
PERANAN JAWATANKUASA PROMOSI
  1. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA untuk tempoh setahun.
  2. Mengenal pasti aktiviti kempen promosi yang telah dilaksanakan.
  3. Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
  4. Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga SMK Padang Berampah.
  5. Menerbitkan Buletin EKSA setiap sebulan sekali.
  6. Membina laman web rasmi EKSA sekolah.
PERANAN JAWATANKUASA AUDIT
  1. Menyediakan kriteria senarai semak dalam EKSA yang bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  2. Menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA.
  3. Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa proses audit.
  4. Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu.
  5. Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalaman EKSA.
PERANAN JAWATANKUASA INOVASI
  1. Menyediakan pelan perancangan aktiviti bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam   kalangan warga sekolah.
  2. Menyediakan pelan lantai, pelan laluan kecemasan dan pelan lampu kipas bagi kawasan yang menjadi guna sama warga sekolah.
  3. Mereka bentuk apa-apa label yang berkaitan bagi mewujudkan keseragaman.
  4. Menggalakkan warga sekolah menggunakan semula bahan-bahan yang terbuang untuk menghasilkan sesuatu yang baharu, kreatif dan menarik.
  5. Membantu menghasilkan bahan inovasi dan kreatif di kawasan Go Green.
  6. Membantu menghasilkan bahan kitar semula daripada bahan-bahan terbuang.
KETUA ZON
  1. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan.
  2. Membentuk jawatankuasa kecil promosi, latihan, inovasi dan audit dalam zon masing-masing.
  3. Menyediakan carta perbatuan zon yang selaras dengan takwim induk.
  4. Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan aktiviti EKSA.
  5. Merancang aktiviti zon kawalan.
  6. Memberi maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada penyelaras.
  7. Melaksanakan setiap arahan yang telah diputuskan di peringkat pengurusan.
  8. Memastikan amalan EKSA dilaksanakan dan dipatuhi di zon masing-masing.
  9. Mewujudkan dan sentiasa mengemaskini maklumat di Sudut EKSA di zon masing-masing






No comments:

Post a Comment