Monday, February 4, 2019

PENGENALAN EKSA


EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah   penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan  di tempat kerja,
amalan EKSA berupaya memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti sekolah. Pelaksanaan
amalan EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat sekolah secara keseluruhan.


Tujuan
MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) telah memperkenalkan EKSA ( Ekosistem Kondusif Sektor Awam) iaitu suatu bentuk penjenamaan semula Amalan 5S 
dalam sektor awam dengan pengenalan 5 elemen baharu pada Januari 2014. Lima elemen baharu 
tersebut adalah merangkumi aspek imej korporat, persekitaran kerja kondusif, kepelbagaian agensi, 
kreativiti dan inovasi serta GoGreen. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyarankan agar semua sekolah di Malaysia melaksanakan EKSA bagi menggantikan Amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang telah diamalkan sejak tahun 1980an hasil adaptasi dari Negara Jepun.

Lantaran itu, pihak sekolah akan melaksanakan EKSA bermula pada bulan Oktober tahun ini 
sehingga Disember 2019.

Matlamat
Matlamat pelaksanaan EKSA di SMK Padang Berampah adalah untuk mewujudkan persekitaran 
kerja yang kondusif melalui budaya kerja berpasukan seterusnya meningkatkan hasil kerja yang 
produktif dan meningkatkan kemenjadian murid.

Objektif
1. Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, kondusif dan sistematik.
2. Meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
3. Melahirkan warga SMKPB yang sentiasa mengamalkan budaya kerja berpasukan dan sentiasa 
    mengamalkan kreativiti dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti kerja.
4. Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia secara efisien bagi menjimatkan kos 
    operasi mengurus. 
5. Memastikan warga SMKPB berintegriti, berdisiplin dan sentiasa bermotivasi meningkatkan 
    kualiti kerja.
6. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green

Visi
Guru Kreatif Sekolah Kondusif

Misi
        Ke arah kecemerlangan pendidikan dan kemenjadian murid melalui peningkatan 
        produktiviti kerja dan persekitaran yang kondusif.  

Motto
Kreatif Inovatif Kondusif  

Tarikh Pelaksanaan
18hb Oktober 2018 – 31hb Disember 2019

Kumpulan Sasaran
Semua guru, AKP, ibu bapa, warga kerja dan pelajar di sekolah ini 
terlibat dalam menjayakan program EKSA ini.


No comments:

Post a Comment