Sunday, February 10, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS, SMK KOTA KLIAS, BEAUFORT


Satu lawatan penanda aras EKSA ke SMK Kota Klias, Beaufort telah di adakan pada 01 Februari 2019. Lawatan ini dihadiri oleh guru-guru serta anggota kumpulan pelaksana SMK Padang Berampah, Sipitang bertujuan untuk mendapatkan penerangan dan penjelasan mengenai prosedur serta kriteria-kriteria yang perlu ada sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan EKSA di sekolah.

Pengetua SMK Padang Berampah, En. Sablee Bin Bagol bersama
Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort, Tn. Hj Md Saffie Bin Md. Salleh
Ketibaan rombongan di jemput oleh Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort, Tn. Hj Md. Saffie Bin Md.Salleh 

mendengar penerangan serba sedikit pelaksanaan EKSA daripada penyelaras dan jawatankuasa
audit EKSA SMK Kota Klias, Beaufort










Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar pelaksanaan budaya kerja EKSA sebelum di laksanakan di sekolah. 




GOTONG ROYONG PERDANA EKSA


Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana EKSA pada 26 Januari 2019 untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah bagi membolehkan pelaksanaan EKSA tercapai. Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan menggambarkan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.


Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai ruang kerja dan belajar  yang ceria, tenang dan selesa ke arah mencapai Visi dan Misi sekolah amnya dan EKSA khasnya.



Objektif
1.       Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan kondusif.
2.       Menjadikan kawasan sekolah selesa dan mendorongkan pembelajaran di kalangan pelajar serta memberi motivasi kerja di kalangan warga kerja dan pelajar sekolah.
3.       Merapatkan silaturrahim di antara warga guru dan pelajar SMK Padang Berampah.









Semoga program ini dapat memupuk semangat setiakawan, bertanggungjawab dan menjadikan amalan bekerja sebagai satu komuniti  sentiasa diamalkan secara berterusan serta menghindarkan sikap pentingkan diri sendiri dan seterusnya bagi menjayakan perlaksanaan EKSA di SMK Padang Berampah.

Friday, February 8, 2019

MAJLIS PELANCARAN EKSA DI SMK PADANG BERAMPAH


pada 7 januari 2019 di adakan majlis pelancaran EKSA di SMK Padang Berampah di rasmikan oleh Tuan pengetua, En. Sablee Bin Bagol. Dengan Pelancaran ini, secara rasminya pihak sekolah akan berusaha ke arah membudayakan pelaksanaan EKSA sepenuhnya. 

Ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengetua, En. Sablee Bin Bagol






Monday, February 4, 2019

LAWATAN PENANDA ARAS, SMK PENGIRAN OMAR 2, SIPITANG


Pada 21 Oktober 2018, AJK Induk EKSA yang di ketuai Penyelaras EKSA, Pn. Laura mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Pengiran Omar 2, Sipitang untuk melihat dengan lebih dekat mengenai pendekatan pelaksanaan EKSA di sekolah.

sebahagian AJK Induk EKSA SMKPB bergambar 
bersama guru SMK PENGIRAN OMAR 2
Penyelaras EKSA, Pn Laura dan En.Sulaiman

berikut merupakan beberapa gambar sekitar lawatan tersebut.









sebelum kembali ke sekolah, pihak AJK EKSA SMKPB memberikan sedikit cenderahati kepada pihak sekolah SMK Pengiran Omar 2 yang sudi menerima kunjungan kami. Semoga dengan lawatan ini dapatlah kami mempelajari dan lebih bersemangat untuk memulakan EKSA di sekolah. 



PENGENALAN EKSA


EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah   penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

Selain memberi keutamaan kepada aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan  di tempat kerja,
amalan EKSA berupaya memperkukuhkan lagi sistem pengurusan kualiti sekolah. Pelaksanaan
amalan EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat sekolah secara keseluruhan.


Tujuan
MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) telah memperkenalkan EKSA ( Ekosistem Kondusif Sektor Awam) iaitu suatu bentuk penjenamaan semula Amalan 5S 
dalam sektor awam dengan pengenalan 5 elemen baharu pada Januari 2014. Lima elemen baharu 
tersebut adalah merangkumi aspek imej korporat, persekitaran kerja kondusif, kepelbagaian agensi, 
kreativiti dan inovasi serta GoGreen. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyarankan agar semua sekolah di Malaysia melaksanakan EKSA bagi menggantikan Amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang telah diamalkan sejak tahun 1980an hasil adaptasi dari Negara Jepun.

Lantaran itu, pihak sekolah akan melaksanakan EKSA bermula pada bulan Oktober tahun ini 
sehingga Disember 2019.

Matlamat
Matlamat pelaksanaan EKSA di SMK Padang Berampah adalah untuk mewujudkan persekitaran 
kerja yang kondusif melalui budaya kerja berpasukan seterusnya meningkatkan hasil kerja yang 
produktif dan meningkatkan kemenjadian murid.

Objektif
1. Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, kondusif dan sistematik.
2. Meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
3. Melahirkan warga SMKPB yang sentiasa mengamalkan budaya kerja berpasukan dan sentiasa 
    mengamalkan kreativiti dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti kerja.
4. Memaksimumkan penggunaan sumber tenaga manusia secara efisien bagi menjimatkan kos 
    operasi mengurus. 
5. Memastikan warga SMKPB berintegriti, berdisiplin dan sentiasa bermotivasi meningkatkan 
    kualiti kerja.
6. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green

Visi
Guru Kreatif Sekolah Kondusif

Misi
        Ke arah kecemerlangan pendidikan dan kemenjadian murid melalui peningkatan 
        produktiviti kerja dan persekitaran yang kondusif.  

Motto
Kreatif Inovatif Kondusif  

Tarikh Pelaksanaan
18hb Oktober 2018 – 31hb Disember 2019

Kumpulan Sasaran
Semua guru, AKP, ibu bapa, warga kerja dan pelajar di sekolah ini 
terlibat dalam menjayakan program EKSA ini.